Tuesday, November 16, 2010

Kenapa aku ngan ikan tak buley jadik kawan?

al kesahnya bukan aku tanak kawan ngan ikan. dah ikan tu yang tanak mesra-mesra ngan aku. sapa suruh buat aku marah.

 adakah aku sedang bercakap pasal ikan?

yerr aku cakap pasal ikan la ni..ala ikan yang kau kunyah-kunyah tetiap hari, yang kau buat lauk makan tengah hari, makan petang, makan malam..dan segala jenis makan lagi la.

baru-baru ni, aku dalam proses nak mengunyah ikan sebagai santapan kepada makanan tengah hari aku, sedang best-best layan kunyah..tetiba aku dikejutkan dengan rasa yang tak selesa kat anak tekak aku.

dengan serta merta otak cuba mentafsirkan impulse yang dihantar oleh segala jenis nerve. dan akhirnya dengan sekali tafsiran..aku dah dapat jawapan. oh yess tekak aku dah tersangkut ngan tubuh badan ikan..eyuckk. kau paham tak?

dalam bahasa yang lebih mudah, aku tercekik ikan. bukan tulang ikan yerr. tapi ikan..i mean the whole body ikan tuh okeh!

well aku pelik ah yang aku ngap tu ikan bilis je pon, tah celah mana dia masuk sampai tercekik tekak aku, sakit weh...dengan kepakaran yang masih belum di-Sirim-kan aku pon cuba-cuba la kepal nasi seketul pastu telan...sumpah tak jadi, tak lepas pon.

dengan tidak putus asa aku cuba buat satu lagi cara. kali ni agak teruk. paksa muntah. ala yang selalu orang-orang anorexia buat tu. jolok-jolok kerongkong pastu muntahkan balik makanan. serius banggang. dah la susah nak termuntah tu, pastu seksa kot tiap kali aku jolok-jolok kerongkong..urggh rasa yang sumpah sucks. ada la dua kali muntah...tapi ikan tu tak lepas jugak.

sudahnya malam tu terpaksa ah tidur dalam keadaan tak selesa. ntah macam mana time tengah corner baring tu tetiba aku rasa tekak aku dah pulih..dah tak sesak, dah tak sakit. jangan tanya aku macam mana benda alah tu lepas. aku tak tau.

well disebabkan perkara tu la yang membuatkan aku sampai sekarang tak buleh nak berkawan ngan ikan..sebab tu la aku tak makan ikan..ceh tipu jerr.

acctually aku tak makan ikan sebab err err err...sebab tsunami punya kes dulu la. tapi citer aku tercekik ikan bilis ni betol la..cuma reason tu ja yang terpesong sikit..ala dalam hidop mana buley jujur sangat!


nampak tak..over betol ikan ni!

NotaKaki : adik aku pernah masuk hospital seminggu gara-gara tercekik tulang ikan. aku tak mo jadik cam dia..so mintak maaf eh ikan aku tanak kawan ngan kau.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

1 comment:

Odd Casablancas said...

Kesiannya, tp dah ok.Alhamdulillah.
Baru nak tolong Erin dgn cek2 anak tekak.
Hehe