Friday, November 12, 2010

Kucar Kacir Kehidupan.

hello hello hello...

sepatotnya sekarang ni aku sedang mengalami tekanan emosi yang turun naik tak menentu, dan entry ni pulak berkemungkinan besar akan menjadi entry beremosi kuasa kuda, terserah kepada anda untuk menadakannya.

sepanjang minggu ni aku mengaku agak kurang berinteraksi kat sini tapi aku selalu je BW..ntah kadang rasa malas sangat nak update. so jangan salahkan aku, sebab aku memang tak bersalah, salah kan Incik Malas yee sebab dia la aku tak update.

baik, mari kita ke segmen seterusnya iaitu segmen EMO tak sudah bersama Cikgu Erin. dalam segmen ni segala ke-emo-an buley la diluahkan disini..dan keutamaan hanya diberikan kepada tuan empunya belog aje yee.

tanpa membuang masa lagi, perkara emo pertama yang ingin aku luahkan kat sini ialah..kejadian pagi tadi dan sebab yang memaksa aku untuk sampai ke sekolah tempat aku mengajar dulu. yerr saya dah tamat tempoh bertugas di sk penaga.

pagi tadi, time aku tengah layan tido bersama beberapa ekor beruang peliharaan yang manja, tetiba jerr ada pekikkan dari handphone aku. tengok number, confirm tak kenal, kalau tak kenal selalunya aku tak angkat, tapi disebabkan number ni macam number talian tetap, so aku angkat je la..dengan suara yang cover macho, tak nak pemanggil detect aku baru bangun tidur. aku pon menjawab "hello?".

lepas dah abeh bercakap, baru la aku tau yang call aku tu kerani sekolah lama tempat kerja aku. dia suruh datang sekolah hari ni, nak sign hape tah, tu tak kesah la yang aku benggang tu ada satu benda dia cakap aku nak kena meet satu cikgu ni which is dulu aku handle kelas dia. dia nak tanya pasal student yang dah bayar yuran.

dah tu kerani tu siap bagi arahan kot nak suruh aku pegy cari cikgu tu and explain pasal benda ni. hei hello!! before aku blah dulu bukan ke aku dah bagitau kau, yang aku dah masukkan nama dorang dalam register book? time tu kau tengah buat hape ntah..dok begelek dangdut kot?

ingat senang-senang nak suruh aku pegy cari cikgu tu and then explain pasal benda simple macam ni? kau tu kerani kot..tugas kau kot yang nak kena pegy cari-cari cikgu semua ni, kerja aku dah setel abeh before aku blah dulu. tu la dulu orang bagitau..main angguk je ni sekali dah jadi macam ni baru nak buat kalut.

so dengan lambat-lambat aku pon bangun mandi. then online kejap pastu baru pegy sekolah. time tengah drive nak pegy sekolah lagi worse, dah la semalamnya aku tido lambat..tak buley tido. padahnya masa dalam keta mata aku pon asyik nak terpejam aje. dalam hati memang aku menyumpah sakan la..nak pegy sekolah tu sikit punya jauh kot. tahukah kerani tu yang aku sangat mengatuk time aku drive keta tadi?

then dan sampai terus aku ke pejabat. sign paper ape ntah. ingatkan dah buley blah. si kerani tu tahan aku kejap nak suruh aku tunjukkan mana nama yang aku dah masukkan dalam register book tu. ni sekali lagi mendatangkan kemarahan aku, sebabnya tadi dalam telefon aku dah bagitau kot. tahukah kerani tu yang aku tak suka ulang benda dua kali?

after dah setel semua terus aku turun then singgah sekejap kat kelas member aku Cikgu Siti ada la bergossip dalam setengah jam cam tuh, aku tak buley lama-lama sebab nanti time budak-budak dah nak balik lagi worse sebab jem. so aku blah setengah jam before abes time sekolah.

jadi kesudahannya aku balik rumah terus tidur ah, nak buat cemana aku ni kalau tak cukup tidur nanti mesti nak kena selsema, untuk nak menggelakkan virus tu terpaksa la aku tidur beberapa jam lagi.



the end~

NotaKaki : aku malas, bace je apa yang ada. gambar sebagai hiasan, sila abaikan.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

2 comments:

Odd Casablancas said...

Makin hari makin handal Erin immunisasi ne blogging.

erin azizan said...

erk..ne ade..still blajar agi ni..huihuihui