Friday, November 19, 2010

Fenomena Opick.

malam ni..eh malam lagi ke? dah pagi kot, masa aku tengah update ni jam dah 12.22 a.m, mengikut putaran waktu Pulau Pinang. so kita kira pagi je la.


sekarang ni aku tengah giler sakan dengan lagu Rapuh nyanyian Opick. sebenarnya aku tak berapa kenal sangat si Opick ni. before ni langsung aku tak pernah dengar lagu-lagu dari dia, panjang kata, memang aku zero habes la ngan insan yang bernama Opick.


yang buat aku tangkap cintan ngan lagu ni, sebab secara kebetulan aku tertengok satu drama ni kat tv. dah tu pulak sikit-sikit asyik dok main lagu ni jerr, sepanjang dua jam tengok drama tu, memang telinga aku ni dah naik kematu la asyik dengar lagu tu. pastu kemain lagi siap mulut pon dah terikut-ikut nyanyi sekali. haa magic kan? baru first time dengar dah buleh ikot nyanyi.


teringat jugak nak google time tu, tapi masalahnya aku tak tau tajuk apa. nak tanak kena la tunggu sampai habes drama, semata-mata nak tengok ost apa yang dorang pakai. naseb baik la drama tu pon sedap jugak jalan citernya, so sepanjang dua jam tu tak de la aku bosan nak tunggu citer tu sampai habes.


habes jerr citer tu, dengan segala kerakusan yang ada, aku pon hape lagi terus la google pastu download. dengan lirik lagu pon aku google sama. ye ah, nama pon nak karox kan..aku pon nak jugak segandingan ngan si Opick tu, mana buley dia nyanyi sorang-sorang jerr.


sekarang ni, bila on je lappy, mesti lagu tu yang terpasang. katakanlah kalau sehari aku online 8 jam, maka 8 jam tu lah lagu yang sama akan terpasang. memang aku dah set lagu tu jerr. aku ni pelik sikit biler obsess dengar sesuatu lagu tu, memang aku akan pasang sampai berdarah telinga la.


yang buat best lagi tu kan..ada la sorang member ni, dia pon minat jugak lagu-lagu Opick, kitorang siap discuss lagi kat FB pasal benda ni. wah tak sangka si budak AkuTakBusuk pon minat rupanya.


semua lagu dia best, lirik pon mak aiih memang indah dan haruslah memuji tuhan jerr. bak kata member si AkuTakBusuk tu, kalau dalam drama mesti dorang bagi kita dengar part-part yang best jerr, nak dengar full song wajiblah kena google seniri. tapi tak pe, bahagia apa, dapat google sendiri kan.


pernah dengar lagu Ketika Cinta nyanyian Siti Nurhaliza tak? kalau nak tau Opick la pencipta lagu tuh, patot la aku dengar best semacam jerr, lagu tu pon pernah jadi fenomena kot kat aku. semua pon dah tau kan yang Ketika Cinta tu lagu dari filem Perempuan Berkalung Sorban, filem Indonesia tu banyak kontroversi, dan tak ditayangkan kat Malaysia ni. jangan tanya kenapa. pegy tengok seniri citer tu kat youtube, pastu buat ulasan seniri. aku dah tengok. aku ok jerr. walaupon ada part-part yang kurang ok..tapi,aku tetap ok jerr.masing-masing punya pandangan haruslah tak sama.






sebenarnya aku nak bagitau yang lagu Ketika Cinta ni ada dua versi satu Siti and satu lagi Opick. Opick nyanyi lagu yang sama jugak tapi tajuk jerr lain dia pakai tajuk Ketika Cinta Memanggil. buleh la dengar perbezaan dorang. ada yang cakap Siti bawak lagu ni best ada pulak yang cakap Opick nyanyi lagi sedap sebab macam ada "roh". ha jangan tanya aku roh tu macam mana. aku ni manusia lagi, kalau nak tau sangat boleh la pegy tanya sapa-sapa yang nama dia Rohani ke Rohana ke ha mungkin dorang buleh jawab kot sebab nama dorangkan ada "roh".


untuk tidak mengecewakan semua peminat yang selalu buat spekulasi sapa bagus, sapa best kan..Siti ngan Opick ada la berduet nyanyi lagu yang sama jugak. dorang letak tajuk Ketika Cinta jugak. haa part ni sumpah best boleh la korang nilai puas-puas nyanyian dorang.






jom tanak dah aku sembang pasal Ketika Cinta tu, dah lama kot. meh aku nak share lirik lagu Rapuh ni, ehsan dari sedara Google.


Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Rapuh
 
detik waktu terus berjalan

berhias gelap dan terang

suka dan duka tangis dan tawa

tergores bagai lukisan



seribu mimpi berjuta sepi

hadir bagai teman sejati

di antara lelahnya jiwa

dalam resah dan air mata

kupersembahkan kepadaMu

yang terindah dalam hidup



meski ku rapuh dalam langkah

kadang tak setia kepadaMu

namun cinta dalam jiwa

hanyalah padaMu



maafkanlah bila hati

tak sempurna mencintaiMu

dalam dadaku harap hanya

diriMu yang bertahta



detik waktu terus berlalu

semua berakhir padaMu


kalau nak real korang buleh la download senirikan lagu Rapuh ni, tak payah ajar kot, readers semua kan dah terer.

okeh bai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: