Saturday, November 27, 2010

Kena tipu selalu.

haloo eberibodi!!


masih lagi dalam keadaan pening-pening lalat sebab dibangunkan oleh mak aku dalam keadaan dipaksa dan tertipu. geram betol ada ka patot (memang patot pon) time orang tengah landing best-best kat atas katil mak aku datang kejut, suruh buatkan icing buttercream sebab nak topingkan kat atas doughnuts, nak buat ala-ala J.Co la, tapi confirm lah J.Co punya lagi bombastik sedangkan aku pakai buttercream je kot.


dah la dia tipu aku, jam kat dinding baru pukul 6pm, dia cakap dah 7.30 pm, gelabah biawak la aku bangun, dalam hati, astagfirullah aku tak solat asar lagi!. bila aku tengok jam terpampang pukul 6pm then aku dah tau yang aku kena tipu. tu taktik dia nak bangunkan aku. dari zaman aku sekolah sampai la dah tua bangka begini asyik tertipu je ngan taktik kotor dia tu.


dah selesai solat, baru la aku putarkan cream tu, alah senang jek, tak sampai kot sploh minit dah siap. tapi aku modified ikot cara aku la,letak nescafe. takdenya nak letak-letak vanilla ke bahan pewarna yang colorful segala sebab aku rasa tak best bila banyak kaler, lagipon ni doughnut la, bukan cupcakes.



ni j.co punya, doughnut aku punya mcm yg tiramisu tu la lepas di topping


sebenarnya aku bebel ni pon sebab nak ingatkan kat diri seniri, lain kali jangan nak menggatal tidur lewat-lewat petang pastu tak solat asar pulak, kena tipu lagi..yang penting jangan percaya bila mak aku kejut, kemungkinan time tu baru pukul 5pm, dia dah kata pukul7pm.


NotaKaki : best jugak buttercream nescafe, nescafe 3in1 tu bahaya tau, jgn amal selalu.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: