aku tak paham kenapa. kadang-kadang aku rasa akulah orang yang paling memahami dia. kadang-kadang aku rasa aku jugak la orang yang tak tahu apa-apa tentang diri dia.
mungkin terlalu memahami sampai aku sendiri tak paham apa yang cuba disampaikannnya. keliru. selalu aku cuba merasai segala deria yang ada untuk memahami dia. bukan mudah. hanya dengan gerak hati untuk memahami isi hati dia.
sumpah kadang-kadang aku rasa, salah seorang dari kami memang sewel. atas nama untuk menjaga hati dan hubungan, bermacam-macam yang kami lakukan terutama sekali untuk menggelak pertelingkahan. sering kali ucapan maaf menjadi taruhan andai dia atau aku mengguris perasaan salah seorang dari kami.
dia jugak begitu. aku tahu kadang-kadang perangai aku seringkali mengundang resahnya. tapi dia tidak jemu mencuba memahami selagi batas asanya masih boleh mengikut rentak dan permainanku.
hari ini, disini dan saat ini segalanya telah berubah. aku dan dia jauh terpisah. mungkin itu terbaik untuk kami. walau begitu terus berhubungan. dan tentu saja pasti sesekali wujud pertelingkahan. punca?. entah sukar untuk menjawab soalan yang selalu terawang-awang di minda.
kadang-kadang, perkara yang sekecil zarah mampu mengundang rajuk dihatinya. aku tak salahkan dia sebab terlalu memahami maka aku sedaya upayaku cuba memujuknya. aku jugak begitu kadang-kadang tanpa sebab yang nyata boleh mengundang marahku pada dia.
dan akhirnya seperti biasa ungkapan maaf pasti menjadi orang tengah menyatukan kembali hubungan aku dan dia. aku mengaku jika dibandingkan aku dengan dia, aku lah yang paling ego. sukar untuk menutur kata maaf, setiap kali jugak aku cuba memperbaiki diri, merendahkan ego ku kerana aku tahu aku jugak bukan manusia sempurna sering terkhilaf dalam perbuatanku.
dear,
its hard for me to say this but i'm sorry if i did wrong to you. did not mean to hurt you by my words or action.
NotaKaki : entry ni sebenarnya entry emo..ntah macam mana leh jadi ala-ala puitis ntah. T_____T
LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA








7 comments:
Ku mengerti isi hati mu..mcm tahu juga pada siapa ia dituju.
Chill~
jiwang disini~~ hehe
bintang hati~memang untuk org tersebut. makin tak paham ngn keadaan..sumtimes i tak tau apa salah i.
syerAgh~sekali sekala jiwang apa salahnyakan..hehe
hurmmm...sedihnyaaa...tp cinta mmg memerlukan tolak ansur..
@sophie
this is not bout love la dear..this is about friendship..sgt complicated yerr.
Takpe, terimalah dia seadanya :)
as i said la, sebb terlalu memahami dats y, i tak salahkan dia, agak konpius kadang2..tak tau apa dia nak
Post a Comment