Friday, December 10, 2010

Tanak kasi takpe..aku ada cara.





amacam laku tak kalau aku nak lelong ni?


disebabkan kesempitan wang yang sangat over-melampau, aku tanpa belas kasihan serta tidak ada langsung pakatan dalam sebarang musyawarah sebelum ni ingin melelong benda-benda kat atas tu. yang merupakan seketul netbook kepunyaan adik aku dan yang lagi seketul lappy bapak aku. err yang meriah berkaler tu tak termasuk yerr.


hal ini juga berikutan dari sikap ke-berkira-an adik aku sendiri meminjamkan netbook beliau kat aku. justeru itu aku dengan segala kedendaman yang tersumbat dihati nak tengok beliau merana tanpa netbook-nya. keji tak?ha ha hauuuu *gelak versi hantu.


ah..tak de maknanya derr, belom sempat aku buat macam tu silap-silap haribulan dah kena pancung ngan bapak aku kot. dan kemungkinan untuk dianggap anak tak mengenang budi tu sangat tinggi ok!..err aku tanak la jadi si Tanggang versi moden..disumpah bapak menjadi peti ais..uhhh takotnya!!!!


ha jangan tak tahu, selama ni aku dok online pon guna netbook atau lappy dorang. tapi selalunya aku pakai netbook la sebab banyak benda dah aku save dalam tu. yang lappy kepunyaan bapak aku tu pulak, kalau betol-betol aku desperados jerr baru aku guna. takot kang hilang pulak benda-benda dalam tu naya ja. fakta disini adalah, lappy beliau pernah diserang virus gara-gara aku rajin sangat mendownload. habes bahan mengajar beliau hilang. pufttt serik ok!


lappy aku yang meriah berkalerful tu tengah saket sebenarnya. hari tu aku dah bagi ubat. baik sekejap. lepas tu buat perangai balik. still boleh on tapi lembab macam tak pegy sekolah pulak, padahal dah ada sijil dari unibersiti tempatan pon. tu yang buat aku stress tu. ni aku dok bajet-bajet nak pegy hantar sepital balik tapi nanti ah bila dah ber-uwang.


jadi sementara tak ber-uwang ni aku biarkan je la dulu, sebab penyakit beliau pon bukan la tenat tahap dah nak nazak buleh lagi bertahan tu. lagipon netbook adik aku ada kan..guna jela.


tapi macam yang aku cakap tu la..langit tak selalunya cerah, hujan tak selalunya diwaktu petang, tetiba lak adik aku main kasar. katanya nak guna la hape la..ciss..alasan yang tak buleh diterima pakai oleh aku. sebabnya adik aku tu candidate PMR tahun depan. sebagai seorang candidate PMR mana boleh beliau main-main atau nak online..dosa tu. bila dah berdosa,mesti la kurang pahala, bila kurang pahala masuk neraka..neraka??ah takot lagi!!



acececeh..bukan main sedap aku bersyarah, macam pejuang politik pulak yerr..tapi sekarang aku dah tak kesah. dah boleh bernafas dalam lumpur pon. sebab semua pembedahan untuk lappy aku bakal ditaja oleh emak aku sekali ngan charger baru! perghh...heaven kan hidop..sekali aku tarik muka seringgit..terus mak aku simpati.


err...macam mana nak cakap ni eh..sebenarnya sebagai seorang yang berusia 21tahun selamanya, ada la jugak perasaan segan(malu) nak menerima tajaan dari beliau tu kan. since aku sendiri yang melingkup-jahanamkan lappy tu..tapi apakan daya..terpaksa. lagipon beliau yang ber-iya-iya. beliau takot terjadinya pertumpahan darah antara aku ngan adik aku kot ha ha ha. never.


hemm...pasni nak survey service yang best. ada jerr kedai komputer tu, service macam mangkuk tandas, mahal lak tu.huff tanak dah aku pegy sana. duhh ni yang buat aku jatuh rindu ngan Abang Masrul, bekas skandal aku kat Arau dulu..miahahah no no no..tak da makna-nya skandal, beliau dah beristeri pon. beliau tu computer technician kat Uitm,kalau lappy aku batok-batok ke demam-demam ke pegy jumpa beliau, terus sehat.


ok dah habeh dah mengarut.


chiao!


NotaKaki : Siyes gua rindu ngan service (untuk laptop) Abang Masrul....uwaaaa!!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

4 comments:

iKhRam said...

kalau beli dan guna laptop itulah masalahnyer.. rosak sana, rosak sini.. kdg2 repair pun mcm mengarut jer..
baik beli baru kan?? hehehehe

msTeddy said...

haha..g agkt pc lah beb..

Odd Casablancas said...

Hahaha, wat tehhh..bkn takat service siap Erin gedik2 mintak movie. Mereka juga pemilik tabung Yeay!

erin azizan said...

masih ingt kamu ngn peritiwa lampau?
oh baru sy terpikir..beliau berpotensi menjadi seorang skandal yg baik. tabung yg perlu di belas ehsankan oleh student hiphip hurrray!