Friday, December 10, 2010

Seseorang yang berusia 21++ memang macam tu ke?

kemaren, hari yang sangat sebok buat saya. sebok dalam mengurus kan hidop sendiri..mengurus makan pakai suami, menggurus anak-anak dan segala macam hal yang berkaitan dengan rumah tangga harus saya beresi dengan sempurna. ikhlas saya lakukan dengan kerelaan hati, tanpa mengeluh walaupon sesaat. isteri solehah la katakan...okay sudah. semua itu berangan semata. gua maseh lagi ROCK..yeayeahhh!!sambil membuat gaya Bandi Amuk.. "gua kagum ngan lu la bro!!"



kekaguman bertambah lepas tengok aksi beliau dengan bike kontot ni


sebenarnya aku nak bagitau kau betapa seboknya aku kemaren. dari cerah mentari,sampai tenggelam si rembulan, aku terpaksa menjawab ribuan panggilan telepon yang memerlukan nasihat serta bimbingan kaunseling dari aku. kang kalau tak layan ada pulak kes bunuh diri kan..mahu tidak mahu terpaksa la jugak aku melayan.


ntah apa yang aku bebelkan, bukannya aku concentrate pon. kerna tatkala itu (tatkala??perghh) tumpuan serta fokus aku hanyalah untuk memastikan lembu, ayam, itik, serta biri-biri aku tak dimakan oleh sang Panda yang jahat yang tiba-tiba pulak turun dari langit.dan inilah akibatnya si jakun yang tak pandai bermain game, mula berjinak dengan Farm Frenzy game..ciss bedebah, kau tak habes buat perhitungan ngan aku lagi Panda! tiba-tiba emosional. dan yang pastinya semua panggilan itu akan berakhir dengan nada sebegini.. "okayla, aku terai la macam yang kau kata tu..tenks babe". hebat bukan?


dalam banyak-banyak masalah yang aku sempat dengar,tu pon sebab aku dah boring nak lawan ngan Panda yang asyik nak mencekik ternakkan aku jerr, jadi aku pinjamkan la telinga aku untuk dengar masalah salah satu dari ribuan caller kemaren. dan hari ni aku terpanggil untuk mengutarakan permasalahan ini. oh crap..ayat skema lagi.


disebabkan aku sedang berusia 21tahun selamanya, maka kebanyakkan caller aku pon rata-rata berumur dalam lingkungan angka yang sama jugak dan ada yang sudah terlebih usia..walau macam mana pon aku tetap yang paling muda. dan statement tersebut memang tak da kena mengena dengan sebarang permasalahan. nampaknya aku kena tukar gaya bahasa ni..aku dah mula nak menyampah dengan gaya bahasa skema standard SPM. bertukar!!!!



tengok tu..dimana saja, henpon pasti ditelinga..lebih sebok dari Dato Dr Fadhilah Kamsah kot.


okay, ni pendapat aku semata. kalau salah, takda hal kau nak betulkan.


pernah tak kau mengalami satu naluri kedewasaan yang menyebabkan kau berpikir "ah..aku dah besar..apa barang stay ngan family lagi" ataupon "susah la dok ngan family, dah besar pon kena control lagi..mencik! menck!! ni yang buat aku nak pindah ni!" ada tak?


selalunya orang yang eager sangat nak pindah keluar dari rumah family ni, terdiri dari golongan yang inginkan kebebasan, tak mau hidop kena kontrol. sebab tu la dia beriya nak pindah rumah. benda ni akan jadi tak bermasalah bagi orang yang dah punya kerjaya yang tetap, tapi akan bermasalah bagi mereka yang masih lagi kerjanya makan tidur, makan tidur ja. contoh terdekat adalah aku(mungkin hehe) mana tak nya tengok orang lain best dok umah sewa sendiri, kita pon terhegeh-hegeh nak macam tu jugak. alasan nak berdikari. hello!!kalau kau tu tak kerja, duet pulak berkepuk dalam bank buat la macam mana pon orang tak kesah kot.


paling tak buleh blah, akibat nak sangat jauh dari family, sanggup ni cari kerja kat negeri lain yang memang gaban la jauh dari negeri kau. padahal dengan jawatan yang kau pegang sekarang..petik jari je melambak kat negeri kau senang-senang boleh dapat. gaji dah la tak seberapa. tolak sewa rumah, makanminum, segala jenis bil lagi..berapa sen sangat la yang tinggal kat kau tu kan. memang la orang cakap dah rezeki dia kat situ nak buat macam mana kan..tapi dol, tengok jugak la keja apa kan. kalau berbaloi tu takpa..ni yang aku dok soal ni ..pasal tak berbaloi la.


dah la malas nak type pepanjang..pikir la sendiri ye wahai Cik Senah dan Cik Abu sekelian..aku nak pegy lawan Panda kejap.


chiao!


NotaKaki : err...Sein ruffedge dah bercerai ngan Nana mentor semalam..instituisi kekeluargaan di malaysia sngt rapuh sekarang.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

4 comments:

msTeddy said...

ak pn xpaham ngn spesies yg cm ni..kebebasan ape lah yg diorg nak kan?? ak tau lah kite kt negara demokrasi di mana rakyatnya bebas bersuara..padahal bersuara sikit di sumbat di ISA..

erin azizan said...

emosi sungguh komen ko..laju pulak tu. demokrsi tu propa politik semata.

mana buleh hal dalam negara dibuat sembang secara mem'khinzir' buta.

dorang ada kuasa..senang2 buleh sumbat masuk ISA. siyes..bapak kawan aku penah kena.

Liquid said...

hish incek liquid kalo bule nk dekat je ngan family uhu tp apakan daya kene study jejaoh uhu

erin azizan said...

rilex ah...jauh la bestttt..hehehehe