Wednesday, December 22, 2010

Dendam yang terlerai.

finally setelah lama berdendam akhirnya dapat jugak aku langsaikan dendam aku dengan jayanya. walaupon pada mulanya ada jugak obstacle yang harus aku tempuh..namun demi demdam yang membara aku tempuhi jua...pehh ayat bajet novel kau!


sebenarnya aku tak dendam ngan sesapa pon, aku cuma berdendam nak tengok wayang ja. dah berhari-hari aku berdendam ni..macam yang aku cakap ah..obstacles banyak sangat sampai dendam aku dah bertukar jadi dendam kesumat yang memang harus dilangsaikan dengan kadar segera.


aku yang terhegeh-hegeh sangat nak masuk panggung tu sebab nak tonton citer Hantu Kak Limah Balik Rumah..yerr citer melayu yang sumpah aku tak rasa rugi tabur duet kat TGV tadi. dah banyak orang review pasal citer ni..in fact masa minggu lepas time aku pegy beli CoolBlog tu pon aku dah teringin nak tengok tapi tu ah macam aku cakap, obstacle kan..lepas balik umah tu sumpah aku rasa nyesal giler apedehal la yang aku tak masuk panggung terus padahal kiosk CoolBlog tu memang dah dekat sangat ngan kaunter tiket. nyesal beb nyesal....


lepas tu kan..on fb pon banyak pulak makhluk-makhluk hijau yang dok cakap best la hape la..kalau Hantu Kak Limah tu in 3D lagi sempoi, nampak macam real hantu la..blablabla..semalam Betmen call pastu dia pon galak jugak sembang pasal Kak Limah ni..lagi la buat aku benggang..sebab aku ternganga jepp dengar dia citer..aku tak buleh nak mencelah..sebab aku tak tengok lagi..kau paham tak perasaan aku time tu?..grrr geram betol..paling buat hati aku terobek Incik Bmw aku pon dah pi tengok..padahal setahu aku dia tu suka tengok action movie jepp..ni kalau dia dah tengok..sapa pulak yang nak tengok dengan aku nanti..ish robek hatiku betol la..


tapi hari ni, semuanya dah langsai..tu pon aku terpaksa bribe adik aku ngan BigApple dulu kalau tak, sumpah dia tanak ikot..aku pelik ah dia ni..patotnya hepi la sikit aku nak ajak tengok wayang kot bukannya aku ajak pegy terjun laut atau buat benda-benda yang merbahayakan diri ke..boleh pulak dia sound aku.."ish orang nak study la malas ah nak pi"..walawei kau tu 15minute je kot study..selebihnya kau curi-curi online ann..ceh macam la aku taktau kan..time aku ajak tengok wayang time tu la dia nak study kan..


selepas bermusyawarah barang sejam dua, maka adik aku pon setuju nak pi tengok wayang kat Jusco Perda. lega dah aku. tak kesah la memang aku support semua pon dan aku dah memang ready kalau nak ajak dia keluar..duet dalam purse memang kena tebal lah..kalau tak jangan harap la. padahal kalau aku nak pegy sorang pon boleh kot..tapi disebabkan aku ni ada la rasa tanggungjawab serta berperike-kakak-kan maka terpaksa la aku paksa dia ikot sekali..aku takot kena sekeh kepala ngan bapak aku jep sebab tinggal adik aku sorang-sorang kat rumah takot jadi apa-apa pulak kat dia nanti..baik tak aku? baik kan...ha ha ha.


movie start pukul 5.15..kitorang pegy awal giler pukul 2.30 dah sampai sebab aku terlupa nak check kat tenet tadi hisshhh nampak tak..punya lahap tak lahapnya aku nak tengok wayang sampai lupa nak check waktu citer tu tayang pukul berapa..amek tiket terus lepak kat BigApple dulu. pastu tawaf Jucso tu sampai lenguh kaki..rambang mata weh banyak sale la pulak..last sekali masuk popular sebab aku memang dah nekad pon nak grab Rayyan Fantasi..hokhokhok..lepas ni tak sabar nak khatamkan novel tu. *sian aku lama tak baca novel..jadi macam jakun sikit ah bila dapat novel baru..oh maafkan aku kawan-kawan*




this time BigApple je la..tak mampu nak berMcD dah ha ha ha

nampak tak..sian aku kan..Abang RAM sila la amek saya jadi cover pasni ek

dah macam Bagaikan Puteri ni..*bajet*



pasal Kak Limah tu aku rasa sangat puas hati. nak pulak aku ni jenis bukan suka sangat tengok citer melayu kat panggung..bukan berlagak..tapi betol kot..cuba kau tengok seniri ah, jalan cerita ntah apa-apa..trailer macam gempak, sekali tengok sumpah macam sampah ish geram aku..tapi tak semua la macam tu, in fact aku seniri pon dah mula nak melayan citer melayu balik..tapi sekarang ni aku prefer tengok citer melayu yang funny je la except for senario. malas nak ulas..paham-paham seniri ah kalau aku dah kata tak suka tu. lagipon ustazah aku kat sekolah ada bagitau..jangan mengaibkan orang lain..tak baik..dosa tuuu...tetiba la kaitkan ustazah kat sekolah dulu-dulu..takda kaitan sebenarnya ni.abaikan.


okehlah mahu layan movie lagi ni..bukan midnite movie yerr..movie dalam youtube sudeyh..free jepp.


okeh chiao!


NotaKaki : lepas ni RAM akan buat sambungan Laksamana Sunan punya story tajuk dia Sutera Bidadari..may be lepas ni kot..those yang interested sila alert.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

2 comments:

msTeddy said...

haha..ak rasa adek ko mmg nk tgk movie..tp dier saje buat2 xnk g sbb nak paw big a..

erin azizan said...

tu la pasal..tak pepasal aku terpksa korbankan mcd semata2 nak masuk bigapple. =.="