Monday, December 20, 2010

Ijab dan Kabul Galuh Cendera Kirana with Mogen Ali Rico.

hello everybody!


it seems like forever since i've written in here..padahal baru jepp semalam aku dah siapkan satu entry pasal Kek Lin's Wedding..and when i re-read the entry..i was like.."watde..am i typing about?"..kau kena tahu time aku buat entry tu keadaan aku sangatlah menyedihkan, dengan tak mandinya pastu baru pulak balik dari rumah kenuri dengan penat lagi..terus on lappy konon-konon proaktif giler nak update story tengah malam..tah cemana i pon decided not to post the entry.


hari ni pulak lagi la super menyedihkan..aku ni dah macam orang kena ganja, tak boleh nak bangun. bangun pon sebab nak mandi and then tido balik..kononnya la kan.. letih giler ah sebab jadi orang yang paling sebok kemaren..padahal tukang cuci kuali pon tak de-nya nak letih macam aku..saja cari alasan..paling tak buleh blah, pagi tadi dah bangun dengan keadaan yang selebet (terok giler) masih lagi berBig-T lepak kat sofa japp entah macam mana dengan keadaan tengah duduk tu aku boleh layan lena sampai ber-jam-jam lamanya..sedar-sedar je hari dah meninggi. kau paham-paham aja lah kalau hari dah meninggi tu pukol berapa...ouch sungguh rockers anak dara ni kan..waktu tido aje dah lebih 18jam..kan aku dah cakap aku macam kena ganja...consider di maafkan la *bela diri-sendiri*..sapa tanak kawen dengan aku sudeyh.


ok below adalah cerita semalam yang aku gantung kat draft, dah edit dah pon..takde la kau baca nanti kau pon macam aku..wat de..wat de..wat de..


18/12/2010

alhamdulillah..semua dah selesai akad nikah pon dah disempurnakan dengan jayanya oleh Abang Aidil..wali pulak Abang Piduih(Kek Lin's lil bro)..which means Abang Aidil di-akad nikah-kan oleh adik iparnya sendiri la. kes yang sangat rare bukan..selalukan orang akan pakai abang atau bapak sedara atau hakim..tak pa la sesapa pon asalkan sah disis agama sudeh..walawei dah rasa macam ustazah pulak ni....teehee.


hari ni teramatlah penat. dari pagi, sampai la maghrib kitorang stay kat rumah kek lin. bukan stay saja-saja..stay buat keja kot. sumpah penat tapi seronok sangat. ni kenuri yang terakhir dalam family dorang so boleh la jugak kalau nak kata all out tuh.


pagi-pagi lagi aku ngan Family dah terpacak kat rumah orang kenuri tu. kebetulan this time tak banyak pulak family member yang datang awal, sebab semua tak dapat cuti, ye la hari tu kan dorang dah cuti masa hari kawen Abang Piduih. aku pulak dari awal memang dah membabitkan diri kat dapur ah. tetiba lak rasa macam si tukang masak yang pro, padahal aku ni nak goreng ikan pon teragak-agak lagi. entah haper kejadahanya dorang bagi aku hias nasi pengantin segala. walawei..aku ni makan tahu la..hias-hias ni...aduhh..


at first memang aku tanak pon..dah disebabkan tak cukup kaki tangan, makanya aku bedal ajer lah hias macam mana pon janji nampak berseni...errr hias tu bukan sebarang hias tau, aku siap tanya my mum and makcik-makcik aku how to deco lauk-pauk tu...takot jugak kalau aku main bedal je deco nanti bila dah siap semua orang kagum pulak sebab cantik sangat kan..dorang ada guide sikit..selebihnya dorang cakap..buat la asal nampak elok..aku pon..ape lagi...deco sesedap rasa la, orang kreatip la katakan....hey..at least i tried my best kot untuk buat deco tu...kena tahu yerr sayer tak pernah masuk kelas masakan..dan tak pernah langsung tahu..cemana nak deco-deco ni...ouch aku sangat kagum dengan kebolehan diri sendiri ok sebab dapat buat benda tu. kitorang divide tugas, banyak weh nak kena hias...mak aku dengan makcik-makcik aku yang lain pon kena buat benda yang sama jugak.


bila setel semua tu,kena layan tetamu pulak..tapi sikit-sikit je la sebab dah ramai yang layan kan..aku just jaga makanan untuk pengantin jerr, tuangkan ayer minuman bila nampak gelas dorang dah kurang ayer, at this time dah rasa macam orang keja waiter lak cumanya waiter ni takda la nak ber-ayu-ayu segala ish tak reti la nak kontrol-kontrol ayu, buat ganas sudeyh..sambil tuang ayer tu sempat ajer aku buat muka tak senonoh dekat Kek Lin siap main jelir-jelir lidah lagi..memang tak sopan sungguh budak ni, naseb baik la Abang Aidil yang tengah makan tu tak tercekik tengok aksi aku..kahkahkah kalau la bakal mak mertua ada time tu..mesti dah kena reject ni. dorang selesai jerr makan aku pon haper lagi, terus ah bertenggek dekat sedara mara yang lain pulak.


tak sangka..abang yo yang dari KL pon sanggup balik kampung pagi tadi walaupun tak dapat cuti. memang giler la dia straight away from KL datang Kedah..pastu petang ni balik KL balik sebab malam bertugas..gua salute lu la bro..nanti kenuri gua lu tak datang siap ah..gua tarek telinga lu lagi kuat dari tadi, lu sayang sangat keta lu ann..tengok ah gua bagi luka besar punya nanti..tu kalau lu tak datang ah..bydeway, pesal Alief (anak Abang Yo) dah terikut perangai aku time kecik dulu..obses sangat dengan ottromen..bagus sangat la tu..pasni kau fire la ayah kau tu..jahat sangat dulu suka buli auntie kau yang comel ni..cis cis tetiba pulak kenangan lalu berputar kembali..papehal pon jom layan gambar kemarin.


ni la kek lin a.k.a Galuh Cendera Kirana

aku rasa time ni dia tak makan lagi kot sebab tu muka masam

walawei tengok tu sopan je Abang Aidil miahahah

ni aku tak paham apesal dorang soh Nyah (pngilan untuk keklin's mommy) aku dok cam tu

ni lagi satu..haiiishhh motif?

dari pihak perempuan

dari pihak lelaki

weh bila buleh makan ni..aku lapar ooiii

pengantin memang suka makan nasi sejemput eh?


pesal ah bini aku makan sikit sangat..aduii mesti aku kena follow ni


ho amek kau..obses sangat dengan MU kan..

ish mana bleh jadi ni bapak aku naik pelamin..aku pon kena naik sama ni..


ni lagi la tak paham.

yang dua orang tu kan..sebok je kacau pengantin baru..balas dendam la tu hehe

go go power rangers!!
sebahagian dari family member..ramai yang tak sedar time ni ada sesi photoshoot

tengok tu mata aku..banyak sangat kamera kat depan tak tau nak fokus yang mana satu..sampai juling dah mata


peace..satu benda yang wajib ok.

saja je aku senyum camtu..nak tunjuk pipi tembam aku tu...kau ada?
bila masa lak mak snap gambar ni entah

ni la Rima Rashidinya..tak kenal sapa dia..pegy google

woah..aku suka gambar ni..macam seorang ibu bersama anaknya yang baik hati pulak ann. bydeway dia la cikgu Siti Hajar..bekas tenaga pengajar AF dulu..err perlu kah aku nak highligtkan bekas-tenaga-pengajar-AF tu?perlu la...kalau tak nanti kau tak kenal la sapa dia..ops panjang pulak caption.

luv this one oso..nampak tak orang lain pandang kat satu arah yang lain..but me pandang tepat kat kamera kah kah kah

kami adalah geng cousin yang suka berphotogurdixx

tengok tu..cemana aku tak kata ganas..tangan tu sentiasa nak bercekak pinggang jerr

sebenarnya banyak lagi gambarnya, kang kalau aku upload semua dah jadi macam flickr pulak belog aku ni. nanti la senang-senang aku upload kat fb..cekidout.


tapi enn dalam banyak-banyak gambar ada 3keping gambar yang sumpah buat aku nak gelak guling-guling sebabnya aku sendiri yang snap gambar tu...kahkahkah.

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=





no caption.


saja aku tak letak caption, biar aku citer ah sedap sikit korang baca. well this picture was taken just before kitorang nak balik. tengok background dah tawu..dah malam. apa yang buat aku nak gelak tu, kau tengok la mak aku siap kemain lagi bagi post se-ayu mungkin..tapi bapak aku.tetap ngan perangai rockstarnya..duduk pon tak kepit rapat-rapat..tengok la pic yang last tu tangan siap bercekak macam nak pukul orang jepp, naseb baik la aku yang snap gambar ni..cuba kalau photographer yang lain amek..mesti dorang sound..pakcik ni nak tangkap gambar ke nak gaduh ngaa saya ni?ha ha ha


lepas snap 3keping ni terus aku tunjuk kat mak aku. sambil memuncungkan mulut mak aku komen  "uish apa abang ni duduk ganas ngt aih tak cantik pon"..bapak aku lak reply "bek pi ah..baru nampak real macho dok macam ni" mak aku pulak kata "eiii meluat betoi aaaa" aku bantai gelak sakan-sakan kot time ni, yela i was there and aku tengok reaction muka masing-masing, sorang macam tak puas hati yang sorang lagi macam tak kesah, tu yang buat aku gelak sakan tu.. mak ngan abah aku memang camtu, suka mencetuskan lawak dimana saja tanpa mengira waktu dan masa..eh waktu dan masa bukan sama je ke maksudnya?hahaha bedal je la.


okeh selesai sudah sesi meng-update-story. ni kalau cukup 350 words dah boleh di-consider as esei standard SPM dah ni. comfirm A1 dengan bahasa yang tunggang terbalik..ha ha ha nak buat macam mana ni la gaya bahasa urban kan kena ah tunggang terbalik baru ada feel kalau nak baca. jadi begitu jela cerita hujung minggu sayer..moga ketemu lagi di hari nikah orang lain pulak.


okeh chiao!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

3 comments:

msTeddy said...

majlis ko bile ag wey??haha

Liquid said...

perghh siap ade bndera MU lagi tuh ea hehehe

erin azizan said...

@missTeddy
lagi sploh tahun aa jemput la main kenuri aku.

@incekliquid
kipas-susah-mati tuuu