Wednesday, December 15, 2010

Tribute to MakCik Iceblanded Arau.

hari ni memang sengal. tetiba lak aku boleh teringat kat makcik Iceblanded pasar malam arau. dia punya iceblanded memang meletop..smooth jer rasa..boleh buat i termimpi-mimpi you. tu la special nya penangan iceblanded *tiramisi makcik tu. kalau dulu dalam seminggu memang 3hari berturut turut, rabu,khamis,jumaat aku mesti terhegeh-hegeh cari iceblanded makcik. kadang-kadang tu muka pon rasa tebal la jugak, mana taknya, dah selalu sangat beli...malu la...


tapi aku tak kesah..walaupon malu, aku beli jugak ha ha ha..bonggek! kadang-kadang aku suruh jepp Betmen belikan untuk aku..aku pulak nyorok belakang dia..naseb baik la dia tinggi buleh jugak lindung aku. iceblanded makcik tu sumpah banyak giler, buleh kenyang kot..harga pon murah if not mistaken kalau regular dalam RM 2.50, special RM 3.00...murah kan? aku mesti la amek yang spesel punya, mana main yang regular ni..orang tamak la katakan. dah la beli yang special pastu banyak pulak, penat tau nak sedut..kadang-kadang sampai tak larat nak sedut,..last-last Betmen jugak la yang tolong sedut sampai ke titik terakhir iceblanded tu. tak baik membazir kan..selagi boleh sedut..sedut ajer sampai licin.


nak cari iceblanded yang sebijik macam makcik tu kat tempat aku ni, memang confirm la takde. terpaksa la cari alternatif lain kan..tetiba lak teringat kat satu kiosk ni terus aku post kat fb







CoolBlog. naseb baik la ada benda tu. dulu aku suka brand UncleMark punya sebab ada tiramisu. tapi sekarang UncleMark pon dah tak buat iceblanded so memang sah-sah la kena pegy CoolBlog kalau nak cari iceblanded *kau kena tahu gaji aku tak masuk lagi..tak layak masuk starbucks* rasanya semua pon dah tahu kan pasal CoolBlog ni...bukan belog yerr. ada beza tu. CoolBlog ni branding untuk iceblanded keluaran dorang.


sekarang ni mana-mana pegy pon dah boleh dapat CoolBlog. kat Penang aje ada 5kiosk, 2 kiosk kat sebelah pulau lagi 3kiosk kat tanah besar. kat rumah aku ada dua kiosk yang paling dekat SunwayCarnival dengan Megamall.


jadi tengahari tadi, aku pon ajakla adik aku pegy SunwayCarnival sebab nak cari CoolBlog. agak senget la jugak..semata-mata naik shopping complex sebab nak sedut iceblanded..agak-agak ada lagi tak orang yang lebih senget dari aku?


it takes about 15minutes jugak la nak sampai, mujur jalan tak berapa jem sangat. sampai-sampai jer terus naik tingkat tiga cari kiosk tu. aku beli yang sama je dengan adik aku...Oreo Blog (coklat + pearl)..semua sekali RM 8.10...campur tol pegy balik RM 1.00..perghh almost 10ringgit jugak la kan. 10ringgit semata-mata untuk iceblanded...ayya!!




ni la rupa CoolBlognya..



otw nak balik lepas selesai misson



acececeh..dah nak habes pon saje je simpan lagi kan..


sedap weh..terbang sploh ringgit pon tak pe..*ah banyak la kau..macam duet dalam bank berkepuk kan..* moral of the belog hari ni..lain kali kalau nak pegy Sunway naik aje unta..tak de la kena tol..ni tak pepasal jepp kena bayar tol..ayyo!


eh..apesal aku rasa banyak highlight pasal CoolBlog ni..makcik iceblanded part yang kat ats tu je kan..ah biar la malas tukar tajuk dah.


*sengaja dieja tiramsi

okeh chiao!


NotaKaki :best ke cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah Tu?








TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

2 comments:

Odd Casablancas said...

Oreo sedap sgt?
Sedap dari tiramisi mak cik Arau? :P

msTeddy said...

ak ske iceblend yg guna air kelapa tu..pastu ltk vanilla eskem..n ak gatal2 tmbh milo pulak kt eskem tu..