Saturday, December 11, 2010

Andai lidah tak seperti buaya.

hip hip hurrayy!!


apa ni? sungguh tidak sopan, tak da ribut atau taufan, tiba-tiba meroyan hip hip hurayy. sah kena sawan! bukan sawan soalnya disini yang dipertua. IYA TIDAK SYAK LAGI! tiba-tiba bangun dan berdebat. umpama dimedan parlimen menentang hebat. kepala hangguk kau parlimen. andai lidah tak seperti buaya jangan parlimen hendak diduga. main petik peribahasa sesedap rasa. ada aku kesah?


kaitan parlimen disini adalah pedebatnya dikalangan YB-YB dan menteri-menteri. tahukah kau bukan senang nak menjadi YB. perlu bermulut manis dan sentiasa berwajah seri. menabur janji sesuatu yang pasti, kebajikan rakyat perlu didahului. cukup..cukup..aku tak reti nak bermadah lagi. kembali kita ke bahasa rock yang lebih digemari.


maka tune pon berubah. sila baca dengan gaya bengis tapi masih tersenyum..senyum kan sedekah..hilang akal ek tanak pahala?


baiklah, kaitannya YB dengan aku pulak sekarang. sebenarnya tak hingin pon aku nak berangan jadi YB tapi situasi menyebabkan aku terpaksa berperangai seperti YB. demit!!aku tak suka ok! terpaksa ok! berapa banyak ok daa. tahu tak perangai yang macam mana?..lambat la kau. of cos la perangai yang kena pura-pura bermuka ceria,bermulut manis demi menjaga hati pihak ketiga. perhhh ayat babeng la.


agak terbajet suci disitu. tapi ini serius aku bukan seorang pretender yang baik. kan aku dah cakap aku ni realistik. bila aku tak suka, cepat-cepat aku avoid. dulu kala tak pernah pulak berperasaan sebegini rupa. adakah ini yang dipanggil krisis pertengahan usia? heh..terbajet tua pulak, maaf ye kengkawannnnn..fakta yang betol disini adalah krisis pertengahan usia berlaku di antara umur 40-60tahun. sumpah gua muda lagi.


masalahnya disini....errr tak da masalah pon, saja aku yang create masalah. sebetolnya aku nak bagitau, yang duatigahari ni aku rasa macam fake gila. maksud aku, buat semua benda pon dalam keadaan terpaksa..ikhlas?kadang-kadang je kot..duhh dosa apa la yang aku dah buat kali ni..oh tuhan tolongla kembalikan aku dalam keadaan lama.


boya ni malu nak tunjuk lidah, tapi style kot siap buat peace tu.




tamat.


chiao!









TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

3 comments:

Liquid said...

uu jgn... kembalikan lah keikhlasan tu ea xbaik wat kije dlm terpaksa ni uhu

msTeddy said...

lidah buaya bagus utk kulit..;)

erin azizan said...

@liquid
tengah cuba la ni...adoii

@msTeddy
patot la kulit ko fair jerr...crocodile hunter rupanya..