Monday, December 13, 2010

Alasan dari setiap kejadian.

pernah tak kau rasa macam seseorang yang sangat tak pandai dalam dunia bila tak mampu untuk buat keputusan sendiri?

pernah tak kau rasa macam nak follow jepp apa yang kat depan kau sebab dah malas pikir. makin pikir, makin banyak pulak pros and contranya.

pernah kau bertanya kenapa Tuhan hadirkan kedukaan buat kau?

pernah tak sekali dalam hidop kau menyesal dengan kehidupan kau?


aku bercakap sebagai seorang manusia yang normal yang kadang-kadang punya pemikiran yang sempit dan aku jugak mengaku yang aku pernah aje lalui semua benda-benda tu. pernah aje aku hilang pertimbangan bila sesuatu perkara sedih jadi dalam hidop. bohong kalau aku cakap yang hidop aku sentiasa jepp happy,ceria, macam tak dak masalah..tapi hakikatnya aku sorang je tahu.


kadang-kadang aku pikir, aku la orang yang paling sadis dalam dunia sebab aku dah pernah mengalami kejadian yang paling sedih dalam hidop dan aku tak pikir orang lain pernah rasa apa yang aku rasa. aku pernah rasa macam mana bila hidop terumbang ambing, jatuh tersungkur menyembah bumi. sakit sangat. masa tu aku rasa yang semua orang sedang gelakkan aku. sampai satu tahap aku pikir yang aku dah tak mampu nak teruskan hidop.


susah untuk aku cakap yang miracle tu wujud, i guess only those person yang sangat lucky baru boleh dapat miracle dan aku bukan dari kalangan tu. kena usaha sebaik mungkin untuk capai tempat yang selesa.


dulu aku pernah tertanya, kenapa jalan hidop aku macam ni? kenapa tak macam orang lain? dan selalunya soalan akan tergantung..jawapan tak pernah ada..


sekarang, aku dah tahu semua jawapan dari soalan aku.


sebenarnya tuhan masih sayangkan aku. segala yang jadi selama ni ada hikmah tersendiri. aku bukan segaja diuji atau dihukum sesuka hati..semua tu ada alasannya yang tersembunyi dan aku percaya hukuman yang aku terima berpunca dari kelalaian aku sendiri. mungkin dengan cara begini, dapat buat aku sedar yang hidop bukan untuk disia-siakan, sekali tersalah pilih jalan, tersungkur la jawabnya. aku dah rasa.


aku tahu dari semua ni, aku dapat belajar sesuatu yang baik. aku lebih menghargai hidop. positive itu penting.
apa yang pernah terjadi, semua ada hikmah dan aku sedang belajar untuk bangun semula.


pstt aku nak domo!


NotaKaki : pehal ntah aku rasa cam nak meleleh jepp ayer mater ni..uihhh.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

3 comments:

Odd Casablancas said...

Babe, are you ok? Its damn rite with those saying..
just terima akan ada hikmah sebaliknya.

erin azizan said...

im good, meroyan sumtimes bnyk sgt nk kena plih kan..plus fb pon buat hal..rasa macam nak henak jerr kepala Mark Zuckerberg.

hope ej will read this.

Odd Casablancas said...

Yeah, i hope so..