Tuesday, December 14, 2010

Monday Blues.


Monday blues.


patotla aku rasa hidop aku macam tak kena je hari ni..err maksud aku, kemarin la sebab sekarang jam di lappy dah menunjukkan tepat 12.44 am. gasak ah aku nak jugak assume hari ni hari isnin. hari selasa tu waktu siang, sekarang malam lagi, jadi kita semua berada di zon hari isnin ok?!


berbalik kepada topik asal, disebabkan hari ni adalah Monday makanya secara otomatik setiap benda yang harus dibuat akan menjadi blues. itu adalah alasan yang sangat tipikal bagi orang-orang pemalas macam aku. mujur ada istilah Monday blues ni..boleh la jugak guna. acane kalau takde..nak salahkan sapa pulak kan?


baik, mari kita review sikit aktiviti aku hari ni.


pagi tadi bangun sekitar jam 6.30 am solat subuh, hujan tak benti lagi. eh..eh..bukan aku nak suruh kau puji aku ni solehah ke takk...tak tak..emm emm..noo..noo...sila fokuskan kepada aktiviti aku selepas solat subuh yerr adik-adik. jadi aktiviti seterusnya menyambung kembali acara berhibernasi. giler kau..hujan tu...hilang akal nak lepas peluang tido peluk beruang aku yang best tu? ciss ciss perempuan ini..kalau kek elin tawu..mawu kensel beliau amek aku jadi flower girl hujung minggu ni. ha ha ha. *ok tak lawak aku gelak seniri*


aktiviti siang hari pulak. masih lagi hujan. lebat dol. selalunya lepas makan tengah hari secara solo, aku kena start mengajar adik aku. tapi hari ni aku rasa macam malas pulak. aku pon tak tau apa yang aku buat satu hari ni. pukul doblas lebih aku dah online..browsing around..cari hape pon aku taktau..adik aku pulak, aku suruh jepp dia study BI, jawab soalan dalam exercise book. senang tak payah nak ajar. cis cis..tak guna punya kakak..suruh adik study, padahal kau senang hati online yerr. eh eh..jangan pertikai kuasa veto aku yerr..sekali aku bawak keluar ayat "aku kan kakak.." kelu membisu kot kau nanti.


pastu dalam 2.30 aku gerak gi Jetty..err aku lebih senang pakai nama Jetty instead of Penang Sentral..sumpah geli..dah la tak macam KL Central ada hati nak letak nama gah macam tu erk..adoi sapa la create nama macam tu entah. ah persetankan soal nama..aku gi sana sebab nak hantar tiket bus kat Wani, dia tak sempat nak beli tadi. ok fine takpe aku dah buat.


pastu petang tadi pulak..pegy kedai nak sambung tinted keta, tapi penuh pulak keta hari ni kat kedai tu, malas tunggu aku balik ah aku cakap kat chinese tu buat besok je la...hari tu dia sempat tinted untuk 4 windows je, yang cermin depan, belakang tak sempat. oh ya lupa nak update,..keta aku dah keluar workshop since jumaat lagi la.


entah sejak bila aku pandai masuk kedai-kedai keta ni, aku pon taktau..tapi cool apa, pompuan masuk kedai aksesori keta..sorang pulak..kah kah kah terasa macam kembang setaman jepp. ni yang buat aku tak sabar nak angkat keta seniri ni...makk nak keta!!!!!!!!!!! fail la..nak keta mintak kat mak..ish budaya apa la yang aku dukung ni?!


entah macam mana..dari petang, hari pon betukar jadi malam. dan aktiviti wajib malam-malam aku..online lagi sampai lebam. sambil-sambil online sambil-sambil balas text kat henpon..penat jari i taww..eyuwww macam nak penampor je kan. tapi demi boya-boyaprenku sekelian,*tamain la text ngan pompuan macam lesbian lak kan..hahaha* i tak kesah penat jari pon..ha ha ha..ok abaikan statement terlampau ini.


ahak lupa pulak ada beberapa benda penting aku kena buat dalam minggu ni dan minggu depan antaranya :

17/12 -pick up Cikgu Siti Hajar and Rima Rashidi kat Penang Sentral err..i mean Jetty ok.

18/12-kenuri kek Elin..wajib pi.

21/12-burfday Farid. celeberate besday dia..ye ye..Farid mantan kekasih aku tu la.

22-24/12- kena pegy mekdi, main skate, tengok wayang ngan Incik Bmw kalau tak sempat tunda lepas 25hb janji ikot plan asal.lalala

25/12-nak pegy Bukit Tambun Lost World, Ipoh..sumpah tak sabar weh!


kahkahkah macam haper lagi siap berjadual bagai. tak kesah la. dalam banyak-banyak aku suka yang 25/12 tu...uwaarggghhh aku nak pegy Tambun!!!!


okeh jom tido.


chiao.


NotaKaki : aku imsomnia,sebab tu aku update.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

2 comments:

Odd Casablancas said...

Kawe nok ikooooooooooot

erin azizan said...

nak ikot ke man..kahkahkah.lalala