Monday, January 24, 2011

Taufik apesal main macam tu?

haii la...dah la aku sedang berduka lara, sedang bermood rindu-rinduan. hari ni pulak si Taufik sang kekasih hati menambah duka di sanubari lagi. aisehh..acane la dia boleh kalah eh tadi?


tak buleh belah ah, macam tak boleh terima je kekalahan Taufik tadi. kalau main mantap tak pe gak. ni main macam tak de hidayah je. padahal nama tu dah cukup-cukup terang kot maksudnya Taufik Hidayat-pertolongan dan petunjuk Allah. eh kejap-kejap lupa pulak nak intro pe kejadahnya la yang aku meraban ni ann. ni semua pasal Proton Malaysia Open Super Series 2011 daaa. tengok tak petang tadi?


final petang tadi Chong Wei versus Taufik Hidayat. of course ah aku support Taufik. bukan aku nak betray Malaysia ke hape..maksud aku kat sini aku cuma support Taufik ja. misal kata Chong Wei versus Sony Dwi Kuncoro aku mesti la support Chong Wei. gila kau nak sokong negara luar? dah final ni Taufik lawan ngan Chong Wei..terpaksa ah sokong Taufik..Taufik je, negara dia aku tak minat ah nak amek tau.


serius memang kecewa gak ah. Taufik macam nak tanak je main tadi, macam senang-senang bagi Chong Wei menang. aku tau ah Chong Wei tu hebat. tapi bukan macam ni kot game yang sepatotnya. masa first set time Taufik lead 5-4, aku dah macam yesss go Taufik...go! (sambil bersuara gedik didalam hati) lepas tu Chong Wei lead balik..terus jatuh mood aku.


dah agak first set mesti dapat kat Choong Wei. harap second set Taufik menang pastu leh ah heret main rubber set pulak. sekali lagi kecewa. awal lagi masa second set Taufik dah buat mistake. memang Chong Wei sedap-sedap lead dia jauh pulak tu. ada satu time tu Taufik kejar mata. aku dah macam tolong la heret pegi ruber set..aku nak tengok kau menang boleh tak? tapi nak buat cemana last sekali Chong Wei jugak menang. serius tak puas hati.


salah satu benda yang aku pelik sangat kan..pesal banyak kali Taufik hantar bola(shuttlecock, aku pangey bola je) keluar? dia macam tak boleh nak agak gelanggang tu macam mana, bola yang dia hantar asyik out memanjang. padahal kau tu makan-tidur-main semua kat gelanggang kot takan tak tahu besar mana gelanggang tu? lepas tu main kat jaring pulak...lagi la ngeng, tak pernah lepas kot tiap kali main kat situ. and then..mana dia punya Jumping Smash yang maha hebat tu? bukan ke dia raja smash men-smash bola ni? sumpah tak puas hati. permainan tak mantap. may be orang cakap aku ni pandai komplen jaa bukan aku yang jadi player tu. tapi ann cuba la tengok seniri kalau main pon macam nak tanak je sapa tak geram kan..boleh buat orang emo kot.


pape pon tahniah jugak la kat Chong Wei. cepat je dia baca semua gerakkan si Taufik tu. Taufik pulak lepas ni kena betol-betol fokus la kalau nak menang dengan Chong Wei. really hope Taufik can win in Korea Open pulak pasni, jangan jadi macam orang tu sudah, asyik-asyik nak tarik diri padahal tak da serius injury pon.


lupa nak bagitau..i'm a big fan of Taufik Hidayat yerr. hikhikhik. go Taufikkkk go!!!!!!!!!!!!




asal comel sangat ni? takpe la walaupon gigi  dia berterabur sebab tanak pakai braces, aku tetap nk minat jugak. sekali lagi...ohhhh comelnya....


okeh bai!

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: