Wednesday, January 26, 2011

Buah-hati-pengarang-jantung.

status : kembali menjalani aktiviti sebagai seorang tutor di petang hari. yayy sayer suke!


pstttt...ayat tak boleh nak skema lagi ke(?). oraite, kali ni meh kita berkenalan ngan buah-hati-pengarang-jantung-kesayangan-sayer-yang-terbaru nak? ape? tanak? huffttt aku pedulik haper..nak tanak kena tengok jugak. ye..memang aku paksa pon.




budak lelaki yang tersenyum manis ni la Deedat yang selalu aku sebut-sebut tu. ini baru betol ShahRukhKhan..ada mix blood woohh. tengok tu hidung dia macam puncak everest kot. ni kalau cium orang ni mau berlubang pipi orang tu. time ni si Faidhi takde pulak pegi mana entah, kalau tak harus la aku capture dia sama. yang kat belakang tu pulak Nina..Nina ni comeeelll sangat. dah la comel..cepat pick up apa yang orang ajar. budak berdua ni baru umur 6tahun yerr. 




okeh yang kat tengah sekali tu nama dia Syafiq. aku pangey Fiq. asal dia dok close sangat ngan Nina? dorang kapel ke?hahahah tak la..Nina ngan Fiq ni adek beradek. Fiq-abang, Nina-adek. Fiq ni umo dia 8tahun. kire rapat jugak la ngan aku. aku macam dah jadi private tutor kt Fiq pulak. everyday lepas Deedat ngan Faidhi habes belajar ngan aku (termasuk la budak-budak darjah 5 jugak) mesti Fiq datang bawak semua buku-buku dia kat aku. selalu aku tunggu dia setel keja baru aku balik.


masa first time aku jumpa Nina, dia ni macam malu-malu sikit. tapi cepat pick-up. sekarang ni, rasa malu dia tu dah terbang kemana entah. potpetpotpet je mulutnya. satu lagi yang boleh buat dorang rapat ngan aku sebab dorang pangey aku kakak. kalau pangey aku teacher..aku rasa macam ada gab la pulak..dah tu aku pulak yang rasa pelik...lagipon ni bukan sekolah, tak payah la nak formal sangat.


Fiq pon masa memula tak banyak sangat cakap. kalau Teacher Rasiah suruh dia refer kat aku, baru dia datang. sekarang ni tak payah tunggu Teacher suruh..memang hari-hari la lepak ngan aku, ada-ada je keja yang nak di buatnya, mengeja la mengira la..siapkan homework la..macam-macam.


okeh kalau yang berdua kat atas tadi tu macam tak banyak cakap kan masa mula-mula..meh kita berkenalan ngan budak banyak cakap pulak, sapa lagi kalau bukan Deedat! acctually ada sorang lagi, Faidhi..tadi dia takde so tak dapat ah nak pampang gambar dia kat sini. tak pe next time. Deedat ni kan memang hyper, tengok ah gambar ni ala-ala budak nakal giteww..tapi sebenarnya dia ni tak de la nakal mana, manja kot. hahaha contoh macam hari ni, dia salah semua spelling boleh pulak dia nanges teresak-esak. aku time tu baru sampai, then terserempak dia ngan Faidhi kat tengah jalan (time tu dorang break otw nak gi makan). aku tanya kenapa. dia jawab...


Deedat : akak, Deedat salah buat spelling.

aku : banyak ka salah?

Deedat : banyak. sambil kesat-kesat air mata dia

Faidhi : akak..Deedat salah semua. Faidhi salah satu ja..salah blue. blue...B....L....U....E blue!
dah la dia cakap laju tak da titik-titik pastu boleh pulak, ulang mengeja kat aku..


tapi lepas dah makan, bila masuk balik..aku tengok happy je takde la muka cemberut macam awal tadi. Deedat ngan Faidhi ni memang pasangan cukup ideal (macam cap susu ideal pulak kan). dah la sama-sama hyper, selalu ja buat orang gelak. kadang-kadang tu aku dengar la jugak Deedat sembang ngan Faidhi. bagi dorang benda yang dorang sembang tu serius..tapi aku yang dengar ni sumpah nak tergolek-golek gelak. agak-agak ann apa la sangat isu serius yang boleh dibangkitkan oleh budak yang berumo 6tahun selain dari nak siapkan homework cepat-cepat, tanak buat bising ngan nak balik awal?


ada satu time tu Deedat kena denda sebab buat salah, tak boleh balik awal macam biasa, dia kena stayback sampai pukul8 malam. time tu dia memang dok pujuk si Faidhi la suruh staybacak ngan dia sekali. hahaha sumpah lawak. Faidhi mesti ah takmo..sapa sanggup nak balik lewat-lewat kan?


kalau nak cerita pasal perangai dorang yang superrr lawak ni memang tak habes. ini aku cerita. cuba kalau korang kat tempat aku..boleh tengok seniri dorang ni macam mana. seriusly dorang semua ni dah macam terapi gelak kat aku. happy sangat. kadang-kadang aku harap sangat life yang sekarang akan kekal. maksud aku life aku dengan budak-budak la. dulu aku rasa macam susah sangat nak tackle budak-budak. masa aku kena mengajar kat SK Penaga dulu..terpikir jugak aku cemana la nak buat students suka kat aku. tapi lama-lama bila dah dapat tune tu..memang tak payah aku terhegeh-hegeh tackel dorang..dorang seniri yang akan tackel aku balik hahahaha.


okeh la nak tidur dah..nytezzz.


TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: