Wednesday, January 19, 2011

Hak aku diceroboh, Mark Zuckerberg memang tak dak kesedaran sivik langsung.



aku rasa kan Mark Zuckerberg ni memang tak amek subjek sivik kot dulu kat kampung dia. ada ke patot hari ni aku on je fb terus tengok profile aku jadi macam ni, serabot tahap reban ayam dah aku tengok. dah la gambar kat atas tu pakai main random ja dia appear, memalukan kot. tu tulisan yang "i'm not special, i'm just limited edition :-)" tu,baru je aku godek-godek tadi, semata-mata nak cover gambar-gambar random aku kat fb.


sekarang ni aku macam noob sikit ah pengetahuan pasal fb, sebab aku dah jarang main walaupon dok on selalu..any update pasal fb sumpah aku taktau. terkial-kial jugak kot tadi nak buat banner tu. naseb baik menjadi. sejak-sejak si Mark ni buat profile baru, memang aku dah jarang ah nak melayan fb (walaupon aku stick ngan profile lama lagi time tu) lepas tu pulak, sikit-sikit dia upgrade profile aku...at first aku boleh terima lagi la, sebab current status aku still appear kat atas profile...kali ni dia upgrade semua sekali kot. automatik la tu..tak tanya pon pendapat aku. hampeh  kot...weh Mark kau tahu tak, monyet dalam zoo pon pandai hormat privasi orang. ini kan pulak kau yang manusia (eh kau manusia ke?) tak reti nak respek orang ke?


malas dah ah nak caci si Mark Zuck@#$%^&*rg ni buat saket mental jah, aku rasa en, dia memang suka kot cari publisti murahan denagn buat isu-isu macam ni..hari buat isu nak shut down fb, sekarang apa dah jadi?


oh yaa Mark Zu...whatever, tak payah jawab pertanyaan aku. saja aku biar soalan tu tergantung tanpa jawapan, baru ah dramatik sikit. kau kan suka buat drama.


okeh babai!


NotaKaki : kesimpulannya subject sivik itu sangat penting berbanding subject fizik.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: