Monday, January 24, 2011

Her hero..the one and only.

status : malas sudah mau layan hati yang rindu! wek : P


okeh as stated above la kan. tak baik layan hati yang ngeng lama-lama boleh memudaratkan kesihatan tau.


semalam kita ada bercerita pasal Taufik Hidayat, badminton player Indonesia kan. so hari ni aku macam berbesar hati nak mendedahkan betapa daku meminati beliau sebagai seorang player yang cemerlang di arena sukan badminton. aceeewaaahh ayat dah macam berita tv3 pulak. eh player tu bukan playboy tau, player tu maksudnya hero..tahu la Taufik penah kena cop playboy dulu..tapi who cares rite..as long as he did a goooooood job tak kesah la sapa pon dia.miahahaha.


aku start minat kat si Taufik ni masa tahun 2004. time tu aku form 4..masa ni memang Taufik femes tahap nak mati la. tahun tu jugak dia jadi juara Olimpik Athens..pergghh persaan aku time tu sungguh tak boleh blah. berbunga-bunga ja bila tengok dia main. sanggup ni ponteng tuisyen balik rumah awal-awal semata-mata nak tengok live kat teevee. dah la tu siap pengaruh kengkawan aku suruh balik rumah jugak tengok Taufik main..hahaha. kawan-kawan aku kalau bab nak memonteng tuisyen ni memang hantu. tak payah suruh pon memang dorang balik jugak.


ni nak habaq mai..aku siap ada giant poster Taufik kot time dia main kat Athens tu. poster tu pulak terpampang tanpa segan silunya kat bilik aku. so sesapa yang enter bilik aku mesti akan nampak sebesar-besar alam muka si Taufik tu. aku letak poster tu dulu konon-kononnya macam nak amek jadi sumber inspirasi la kan..ciss bila pikir-pikir balik kejadahnya la aku buat semua tu? aku pon tak paham la kenapa aku ada perangai yang memalukan time budak-budak dulu.



melambak aku ada gambar dia yang masa kat Athens ni...alahai..comelnyeee



chunn ah gambar ni..kan best kalau aku yang snap!


itu tak pe lagi. ada satu time tu bila aku free je mesti aku stalk pasal Taufik. memanjang je on tenet tak lain tak bukan stalk habes habesan sampai nak muntah. paling worst siap print out ni gambar kat tenet, lepas tu besoknya pegi sekolah tayang kat kawan-kawan..yayy aku ada gambar latest Taufik Hidayat! rasa macam nak bagi satu sekolah tengok pon ada. tapi melampau la kan..karang tak pepasal lak PK nampak pastu kena rampas. heyhh awas ya..sekolah aku dulu memang suka main rampas-rampas gambar-gambar selebriti dari students. dah rampas tu, alamatnya hujung tahun la baru dapat balik itu kalau bernaseb baik la. kalau kau ni jenis tak bernaseb baik, makanya gambar tu akan puhhh lesap macam tu je la.


time sekolah dulu jugak..aku ada beberapa orang member yang kebetulan minat jugak kat si Taufik Hidayat ni. ahhh sebokk ja aku minat dorang pon nak minat. tolong la minat orang lain boleh tak? geram kot ada competitiors macam ni. hahahaa. everytime kitorang nampak ja muka Taufik kat paper memasing berebut kot nak amek simpan gambar dia. bila cikgu tak masuk, bukan kitorang nak disscuss buat keja sekolah pon kitorang lebih rela bincang pasal Taufik Hidayat dengan game-game dia yang akan datang. pengetahuan pasal badminton time tu memang tiptop ah. kalau la time SPM dulu ada subject Taufik Hidayat and his skill confirm aku dapat A1.


ada satu fakta yang best, yang aku baru perasan masa 2004 tu. aku penah tengok Taufik main kat teevee masa Sukan Komanwel 1998. time tu Taufik umo 17(muda remaja gitewww). aku pulak umo 10 tahun. time ni Taufik punya attitude memang banggang tahap lobak ah. ada ke patot dia kalah game time tuh dengan selumber rockersnya dia hempas racket kat court. not so sure wheter his racket patah or not..tapi aku nampak muka dia tengah marah. aku pon time tu dengan penuh menyampah mengucapkan ayat "hek elelyyyhh dia ni dah kalah nak bebal pulak. kalah tu kalah la". masa tahun 2004 tu jugak la aku baru perasan yang Taufik ni la yang aku kutuk-kutuk 5tahun lepas dalam sukan komenwel tu..hahah ha happaaadaaa. sekarang attitude Taufik ditahap yang membanggakan dah. kalah pon rock steadyyy je..tade la nak hempas-hempas racket lagi. wahh bangga aku tau!


dulu memang suka gila la tengok Taufik main. paling best bila dia buat backhand smash. sekali dia backhand bola fuhh..confirm kuitp mata. lagi satu dia agak hebat dalam jumping smash jugak. sekarang ni macam jarang-jarang lak tengok dia buat jumping..tak larat dah kot? kalau perhati betol-betol kan..aku rasa Taufik ni macam buru gelaran yang hebat-hebat tau. cuba tengok game masa Olimpik ngan Kejuaraan Dunia..boleh pulak dia menang time tu kan. ye ah..dah la menang dapat nama, duit...of course la masyuk jugek.


tingginyee lompat..eh nampak boxer pulak..



jaga-jaga..nak semashhh nii..hoooo



yayyy aku la bintang kejora...eh silap silap..aku juara...


well gasak la macam mana pon yang penting i tetap minat you Taufik miahaha. bila pikir-pikir balik ann rasa comel pulak dunia aku dulu. minat Taufik sampai jadi stalker. kekadang tu bila tuition cancel aku tak terus balik rumah, ajak member gi cc dulu stalk pasal Taufik lagi. hahahaha comel kan?


so sesapa yang bakal aku minati lepas ni awas ya..sebab aku akan stalk habes-habesan pasal anda. takot tak takot tak? hahahah..takde la. dulu masa muda-muda remaje bole le..sekarang dah malas la nak buat semua tuh. so jangan risau yerr aku takan stalk korang la.


okeh babai!


credit : gambar semua rompak kat gugel images.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

3 comments:

Jefri An said...

😊😊

Jefri An said...

waah fans berat nya taufik ni😊

Jefri An said...

😊😊