Sunday, January 23, 2011

Mereka yang pernah membahagiakan aku dulu.

status : rindu in mood.


dedicated this entry to budak-budak lepak DA2052 (2006-2009) Arau, Perlis.


agak sedikit beremosi sekarang ni. tadi dapat call dari Wani (beb) tapi yang jawab suara Ayu. heh aku dapat regonised kot suara Ayu eventhough dia guna phone Wani untuk hello hello aku. eleh aku tau ni tak lain dan tak bukan mesti keja si Wani call aku pastu suruh Ayu yang jawab.


aku tahu Ayu kat Shah Alam sekarang sebab Wani ada cakap minggu lepas yang Ayu nak datang visit dorang (Wani, Beap,Suraya,Am-budak2 lepak DA2052) cuma aku tak tahu bila. tadi petang aku ternampak status Am kat fesbuk..dia cakap goin to meet Ayu at ICT (sumthing like that la) confirm mesti semua geng aku ada kat situ.


sebab tu bila suara Ayu yang jawab phone tadi aku tak terkejut sangat. kalau setakat sembang-sembang kat phone macam tak best la pulak kan sebab tak dapat nak tengok secara live apa yang jadi kat sana. then Ayu buat 3g pulak ngan aku. aduhhh kali ni memang parah la. aku yang parah dorang heppi jepp. memang aku spechless habes. aku nampak semua orang kat situ. aku nampak Ayu, aku nampak Suraya, aku nampak Am, aku nampak Beap, aku nampak Wani..dan last sekali dorang tunjuk kat aku perut si Ayu yang dah memboyot tu (dia pregnant, lagi 2 minggu due date). aku dah macam hooomaiiiguarddd...besarnya perot Ayu.


semua orang macam berebut-rebut nak 3g ngan aku..aku pulak macam tak boleh nak kata apa-apa. nampak semua orang hepi dapat gath kat situ...dah macam apa lagi tadi. dorang yang banyak cakap-cakap dari aku..ngeng ah dorang ni siap warning aku lagi jangan nanges-nanges. naseb baik ah skrin phone ni kecik je kalau tak memang dorang dah nampak kot aku air mata aku bergenang. malu. tapi ann aku rasa dorang dah boleh detect kot time tu aku dah macam nak nangess sebab aku ada dengar dorang cakap :


"ha tuh nak nangis ah tu hahaha"

lagi satu,

"uwaaa semua orang ada kat sini..Erin ja takdak"


ngeng ah budak-budak ni. dah memang tahu aku ni jenis macam tu, boleh pulak dorang bahan kan aku. macam nak sekeh je kepala sorang-sorang. tapi memang betol pon kan aku dah nak menanges tadi. hahahaha. cuba cakap kat aku sapa yang tak pernah menangis kalau disebabkan rindu? nak nak pulak kitorang dah lama gilak tak jumpa. yang lain tu aku still jumpa sebab dorang ni dok kat belah-belah utara ja. tapi si Ayu ni, dah dua tahun aku tak jumpa (dia stay kat Kelantan). tuptup pulak hari ni nampak semua orang ada kat situ hampir cukup korum...cuma aku ja yang takda. agak-agak ann apa perasaan aku time tu? takan nak gelak je kot, mesti la sedih kan...apa-apa hal pon aku happy jugak. sebab dorang still ingat kat aku kan.


habes je 3g cepat-cepat aku godek lappy, cari semua gambar-gambar aku ngan dorang. sumpah rindduuuu sangat-sangat kat dorang. sekali lagi mata aku penuh air. huwaaaa aku rindu korang tahu tak?!!!!!


pernah dengar tak qoute "keep the pictures they never change, only the people in them do." yupp people changed. tapi gambar, kenangan semua tu akan kekal. dan kalau kita ikhlas berkawan, insyaALLAH hubungan kita tu pon akan kekal.


bawah- gambar 2tahun lepas, hari terakhir final exam paper kimia, hari terakhir aku jumpa Ayu, hari terakhir kitorang ber-enam gath. muka betol-betol suci. bila aku cakap suci maknanya memang sangat suci.



yang baju biru ni la Ayu, tengok muka aku, baru lepas nangis.



Wani ngan Ayu pulak. steady je dia tak nangis pon.



 Beap yang ngeng..padahal dia yang suka beremosi ni pon boleh je control tak nangis.



 tu towel Ayu kot, beriya aku nangis time ni siap tutup muka bagai. malu kot.



ha sebijik lagi..time ni ann camera memang sasar aku jepp padahal orang lain yang nak pegi aku pulaks yang beriya nak beremosi kan..



hahaha bongak ah gambar ni.


dari kiri : Kak Z, Wani, Ayu,Suraya,Aku,Beap,Su. am tak dak sebab time ni dia jadi photoG


bawah ni pulak gambar sehari before Ayu balik Kelantan, bertunang, time ni kitorang dah part 5.



















tu yang kat tengah sebelah aku tu la Am,masa ni dalam keta otw nak balik kolej Dahlia. masih bergelar warga kolej ann so tak buley ah nak lepak lama-lama

* * * * * * * * *

masa tengah siapkan entry ni jugak aku dapat text mesage dari Wani.


" beb.. lu ok ja kan?"

"of cos im not ok. crying. missie u guys" i replied.


terus dia call. dia tahu sangat la perangai aku ni macam mana. manja terlebih, nak kena pujuk pulak hahahah takde la. aku just rindu kat dorang je. tak boleh belah Wani berkali-kali cakap kat aku yang gath tadi tu takde pape pon..it's just jumpa-jumpa biasa. minum-minum and then lepak sekejap, sebab waktu agak terbatas. agaknya dia nak jaga hati aku kot. tanak aku sedih ngan jeles sebab tu dia asyik dok cakap tak de pape. aku tak de la jeles..aku rindu sebab tu aku nangis. yang dia dah gelabah bewak, ingat aku jeles tu sapa suruh.


last sekali macam biasa la dia akan cakap,


 "beb..we always waiting for you. ramai kot yang tunggu you. you can come bila-bila je yang you rasa you nak. i dah tak mau invite you banyak-banyak kali..."


dia cakap lembut je ngan aku tapi penuh maksud kot ayat tu. aku tau, dia nak aku jugak rasa semua benda yang dia buat kat sana. macam dulu-dulu jugak. aku cuma boleh cakap insyaALLAH je la. tapi dia dah pegang apa yang aku cakap tu sebagai janji, means by hook or by crook kena buat jugak la.


well InsyaALLAH, kalau diberi peluang kan..why not? sapa tanak stay ngan orang-orang yang tersayang kat sana. cuma berharap kali ni, akan dapat stay more longer with them. mungkin jugak lepas ni boleh ulang buat benda-benda yang ngeng sama-sama sekali lagi. who knows...


erin says : those yang ada kengkawan rapat macam ni tolong la hargai dorang, jangan betray your friends tuh. masa ni la korang nak berkawan pon. nanti bila dah berfamily belom tentu akan rapat macam ni lagi. dalam hidop, aku bersyukur sangat sebab tuhan selalu jumpa kan aku dengan kawan-kawan yang baik, yang sayang aku, yang amek berat kat aku. yang memang akan sentiasa ada bila susah dan senang. harapnya akan kekal sampai bila-bila.

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: