Friday, January 21, 2011

Yogi Bear di dalam rumah.

hohoho..hari ni kita upah si Yogi Bear buat promo belog ni yerr.. mentang-mentang la dah tukar itu tukar ini dan dan je nak suruh si Yogi promo kan..tapi anda jangan risau yerr Yogi Bear memang tak de sign kontrak ngan aku pon untuk jadi maskot belog ni.


jadi apa halnya si Yogi kat sini eh?


ni nak cerita ni. aku rasa kan sesapa yang pernah hidop sezaman ngan aku masa kecik-kecik dulu mesti penah tengok cartoon Yogi Bear kan? paling tidak pon mesti ingat pasal Boo-boo boy kawan si Yogi ngan Jellystone Park tampat dorang lepak tu kan ? ke ada yang tak pernah tengok sebenarnya ni?


tak kesah la korang penah tengok ke tak penah. jangan risau those yang tak pernah tengok tu boleh la selak-selak kat youtube tengok cartoon ni. aku suka tengok cartoon ni sebab lawak dia tu tahap benggong tak hinggat. mana tak nya everytime Yogi nak buat sumthing, mesti benda tu tak jadi. dah tu ada je benda-benda sengal yang dia buat. kadang-kadang memang tak logic pon. ala biasa la nama pon beruang, mana dia ada akal nak pikir logic ke tidak apa yang dia buat tu. aku pon time tu kecik lagi, asal cartoon je aku bedal tengok, itu yang boleh tertengok cartoon tak logic ni (padahal semua cartoon tak logic kot).


sekarang ni kan Yogi dah advance yee. kalau dulu, main kat teevee je sekarang dah keluar panggung weh. tapi kat Malaysia ni coming soon la..bahaha boleh tak aku nak cakap aku tak sabar nak tengok? kali ni Yogi Bear masuk panggung in 3D yerr. mesti best, karakter cartoon di filem kan. lepas tu semua yang kat sekeliling dia benda real..ala macam ceta Garfield dulu la kan. semua benda real cuma karakter Garfield je diterjemahkan dalam bentuk yang seakan-akan hidop. perhh nampak tak ayat aku tu..ni kalau pengulas filem antarabangsa baca, mau menangis 40hari kot..tak paham kejadahnya la yang aku merepek ni.


ah gasak la paham ke tidak. kalau penah tengok ceta Garfield tu paham la apa yang aku cakap. kalau tak penah tengok tak pe, kita tunggu je ceta Yogi Bear ni sesama. agak dah tak sabar sangat, boleh la kelik trailer kat bawah ni yerk.







meh kita men pop-kuiz nak tak? siapakah pemilik suara Boo-boo boy? tetttt salah! bukan Amitabh Bachchan ok. ni suara Justin Timbaterbalik wehhh sila teruja sikit..eh silap,silap.. adoii Justin Timberlake la. ok jom teruja sekali lagi.




comel ann suara Justin..bahahaha.


okeh bai.


NotaKaki : Kungfu Panda 2...coming sooon jugek!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

3 comments:

msTeddy said...

kena masuk panggung lagi ni..

Erin Azizan said...

@msTeddy
masuk jerr tokey panggung tu pon memng tunggu ko kat panggung dia

Peminat Katie Holmes said...

Adam mia dah masuk part 5. maybe last episode hanya sampai 6.