Wednesday, January 19, 2011

Weh Kem 'Pink' tu shoot kat Tasoh Lake Resort ah..ala yang drama kat TV3 tu.






tadi terON teevee (giler demand eja tv pon t.e.e.v.e.e..urban la katakan), tertengok cerita ni. ala cerita ni dah berminggu kot tayang kat teevee saja aku je yang baru tertengok hari ni. masa memula tu macam biasa-biasa je la, cerita budak-budak, dah aku pon tak buat apa-apa so layan pi la cerita budak-budak pon.


masa tengah dok layan tu aku perasan yang tempat ni macam kat area Timah Tasoh,Perlis. bila perhati lagi betui-betui..memang confirm la tempat kem ni kat Tasoh Lake Resort. aku ada cerita disebalik Tasoh Lake Resort ni. teruskan pembacaan anda kalau tahap curiousity anda di level yang tinggi ataupon dalam bahasa kasarnya anda memang kepochi...hihihihi.


secara jujurnya (cewwahh) aku pernah sekali kot ceroboh tempat ni. eh eh macam tak kena pulak guna perkataan ceroboh tu, tukar la. secara jujurnya aku pernah sekali kot masuk tanpa kebenaran pihak yang berwajib ke atas resort ni. mana tak nya, post pengawal kat depan gate ada, tapi pengawal takda pastu gate terbuka. apa lagi..terus masuk la.


bapak la ayat, macam orang tak takot mati kan..padahal aku ni baik,suci, murni, takot oh nak buat jenayah-jenayah macam ni. kalau tak disebabkan hasutan si Dinie hari tu,sumpah aku tak masuk dah tempat ni. Dinie ni satu ah perangai dia, aura Betmen dia tu melampau-lampau sangat suka nak ajak aku buat benda extreme macam ni. dah la takda pilihan, nak tanak aku tepaksa jugak ah ikot dia masok hari tu. perghh bila ingat-ingat balik memang aku takot, berani pon sebab Dinie ada ja. dia pulak time tu tengah gila nak amek gambaq. bukan dia peduli pon muka aku ketat ke tak selumber rockers ja dok picit camera dia.


tapi ann tempat ni sumpah lawa. cuma tu la kekurangan manusia. sebab tu la dorang tak sedar kot yang kami masok. lagi satu mungkin sebab time tu belom cuti sebab tu la tak berapa nak ada orang. ada tasik yang besar, aku rasa mesti ada aktiviti kayak, sebab aku nampak banyak papan kayak tersadai kat situ. tu la aku macam heran gak..tempat dah chun, manusia tak de, aku ngatkan tempat ni dah jadi tinggalan la, rupanya masih berfungsi..siap boleh main drama lagi kat situ.
























tak sangka ann Perlis ada tempat cantik cam ni..tetiba lak terasa bangga. and many tenks to Dinie jugak sebab selalu ajak aku buat benda extereme macam ni la yang buat aku boleh jelajah satu Perlis. rasanya semua ceruk kat Perlis tu aku dah tawan kot, dari kampung-kampung sampai la ke Border Malaysia-Thailand, semua tu aku dah penah pi. paling tak boleh blah pengalaman kat border tu ah buat aku sesak nafas..macam nak menangis pon ada..ye ah takot aku, kot-kot la kalau dah masuk tak boleh keluar, naya kot terpaksa jadi orang Siam celup.




ni gambar ngan imigresen Thailand (kot) masa ni kat Satun ala..Satun ni la sempadan Malaysia-Thailand. nampak tak muka cuak dan hitam..yuckks..memula takot pastu, aku la yang paling nak bercamwhore, sebab gambar ni jugak la aku kena bahan ngan Dinie lepas tu. aiseh....






dua gambar kat atas ni gambar terbaru..yeerrr sayer semakin cerah (sila muntah cepat) dan semakin sehat. sekian terima kaseyyy.


credit goes to gugel images

okeh babai!


TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

4 comments:

Cikbelog said...

nak pi honeymun kt cini lahh ;p

erin azizan said...

sila-sila...tmpt ni tak ramai orang..kalau pi mesti rasa macm tuan punya resort tu jaa...

Sophie Al-yahya said...

wahhhh...cantiknyaaaa tempat ni Erin, nape tak perasan pn masa kat perlis?

mesti sebab asyik tidur dlm kete..hahaha..

erin azizan said...

@sophie,

tempat ni jauh la, pendalaman sikit, memg jauh dari town, maybe sebb tu la kot tak perasan...lagi satu, tempat ni macm terlindung la susah nak nmpk hehe.